Diskriminasi Di tempat Kerja

Posted on 5 August, 2007. Filed under: My Life | Tags: , , |

Sudah hampir sebulan aku bercuti. Cuti yang panjang macam nielah aku gunakan untuk beramah mesra dengan keluarga yang dah lebih setahun aku tinggalkan. Hari ini aku berkesempatan mendengar beberapa komen dan kritikan yang tak kesempatan untuk diluahkan melainkan hanya kepada ahli keluarga saja.

Firman (panggilan pendeknya) begitu sepakat dengan aku untuk datang jemput dia balik kerja. Hari ini kerja balik petang atau dalam bahasa singkatnya “masuk morning”. Dia hubungi aku dirumah minta ambil dia… Dan hari ini juga aku dapat berbual lebih panjang dengannya. Mula dari aku tanya macam mana suasana kerja part time yang dia buat sampai bab gaji dan hubungan sosialnya dengan rakanĀ² sekerja.

Firman berumur lebih kurang 17 tahun dan akan masuk 18 tahun pada 15 November tahun ini. Dia tamat SPM dengan keputusan yang Alhamdulillah cukup memuaskan. Sebelumnya dia bersekolah rendah jenis Kembangsaan Cinta (SRJKC) si salah sebuah sekolah di Pandan, Johor Bahru. Dia sangat berminat untuk dapat bekerja dalam Kerajaan sebagai Perkhidmatan Awam seperti Polis, Imigresen, Kastam atau sebagainya.

Namun oleh kerana selepas tamat SPM umurnya belum cukup 18 tahun, niat untuk ‘melamar’ kedalam bidang tersebut terpaksa di ‘posponkan’. Dan sementara dia bekerja secara part time di salah sebuah Pusat Beli-belah iaitu Gedung Jasco Tebrau Johor Bahru.

Dan sejak aku tinggalkan dia setahun yang lalu (masa dia berada di tingakatan 5). Dia sudah mempunyai azam untuk bekerja di bidang yang ia sukai itu. Namun sekarang terpaksa ambil ‘part time’ dulu untuk menghilangkan kebosanan.

Pertanyaan yang pertama aku tanyakan adalah, “macam mana kau boleh nak kerja part time ni pula dan macam mana ko boleh dapat kerja tampa pengalaman dan kelayakkan seperti sijil (masa tu keputusan SPM belum keluar) ?”

Dengan sedikit bangga dia menceritakan semuanya. namun ada satu point yang aku nak jadikan topik pada posting ini adalah tentang “Diskriminasi

Back to topik!

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...