Tak tidur sebab belajar PHP…

Posted on 25 August, 2004. Filed under: My Life | Tags: , , |

Wahh pagi nie mata aku dah mula berat sehh.. mana taknye.. berjaga sepanjang malam sebab belajar PHP berhempas pulas dan entah keberapa kali “error” pun sampai la nie pun tak siap lagi. Huh!~ Kenapalah aku minat sangat dengan PHP ni? sedangkan dengan HTML dan Java Script pun dah okey ape…? Itu bukan jawapan yang patut bagi aku yang memahamilah.

Aku tertarik dengan PHP nie sebab dengan system pengaturcara dinamik dan sangat sesuai untuk web berbentuk Portal atau komoniti dan sebagainya. Kenapa di panggil Dinamik? Nah kat sinilah sebabnya kenapa aku minat. Dinamik tu senang cakaplah, macam ni, laman web boleh berinteraksi dengan pelawat. Pelawat boleh berkata sesuatu dengan web.

Misalnya mendaftar untuk mendapatkan account secara automatik dan pelawat juga boleh berbincang dan berkata sesuatu melalui saluran yang di sediakan seperti Forum dan msg tu admin. Kat sini terdapat sebuah keadilan terhadap pelawat sesebuah laman web. Tak seperti laman web HTML dan java. HTML dan java adalah sebuah laman web yang “memang sendiri”. Nak tau kenapa aku cakap macam tu. Contohnyalah, laman homepage peribadi aku ni, korang boleh baca aje kan? korang tak payah mendaftar apa-apa untuk view dan baca kandungan laman ni. dan aku juga tak ada system trafik untuk merekodkan pelawat dan berinteraksi bersama pelawat. Dan yang lebih tak menarik lagi, hampir semua pelawat homepage peribadi ini aku tak kenal kecuali kengkawan akulah…

Nah kat sinilah kenapa aku cakap HTML dan Java hanya boleh memberi persembahan tampa adil dan tak demokrasi terhadap pelawat. Kalau web dinamik kan, laman web masih boleh berinteraksi dengan pelawat walaupun semua administratornya tengah tidur. Mereka hanya memeriksa rekod trafik dan menghitung members yang mendaftar serta membaca forum apa yang di tulis oleh ahli semasa ketiadaannya.

Bukan itu saja, Banyak lagi yang menarik tetang PHP nie. tu yang buat aku berjaga malam sampai pagi nie. Maklumlah.. tengah “tanam anggur” ni.. hehehe:) Tapi aku tak boleh terangkan kat sini panjang lebar sebab ini hanyalah sebuah homepage peribadi (dulu pakai Geocities).🙂

Kalau nak tau… nuuu pegi sana nuuuu kat www.phpnuke.com.my tu. Kat sana lengkap penerangan tetang PHP. ahaks!~ Oleh kerana mata aku tengah mengantuk, so lain waktu aku sambung balik… okey….

“Ilmu Umpama air… Jika ianya sentiasa mengalir, nescaya ianya akan sentiasa jernih dan bersih..”

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: