Archive for August, 2007

Menghapuskan Solow – MS32DLL.dll.vbs Worm

Posted on 9 August, 2007. Filed under: Security, Tutorials | Tags: , , |

Pernahkah anda mengalami ganguan pada setiap store drive apabila di double click? Pada title web browser ada tulisan “Hacked by Godzilla” yang terjadi bada browser Internet Explorer?

Itulah antara tanda-tanda komputer anda telah dijangkiti sejenis worm yang di telah di justifikasikan oleh Avast! Antivirus sebagai Solow MS32DLL.dll.vbs dalam keluarga Worm pada awal April 2007 yang lalu.

Saya telah menyedari akan jenis worm ini pada awal Mac 2007 selepas memasukkan USB FlashDisk seorang pelanggan kedalam komputer milik syarikat. Pada waktu itu tiada kelihatan perubahan ketara yang terjadi melainkan setiap drive tak boleh di double click.

Pada mulanya saya menyangka mungkin kerana pengaruh USB driver yang harus di update. Selang dua hari semua komputer telah dijangkiti dalam jaringan LAN hingga terjadi kekecohan pada semua pekerja yang menggunakan komputer. Ada pula kabar angin mengatakan “syarikat kita kena sabotaj”. Nak ketawa pun ada…

Pada masa itu saya bersungguh² mencari di internet untuk menamatkan riwayat worm ini. Tapi masih belum ada solusi yang tepat. Akhirnya saya guna jalan MANUAL untuk menghapus worm ini dengan membaca cara kerja virus ini melalui Registry Editor. Dan saya berjaya!

Tutorial ini telah saya buat sejak saya berjaya membuang worm ini dari komputer pertama saya bersihkan dan disimpan sebagai bahan rujukkan peribadi. Namun tak sangka ramai diluarsana mengalami nasib yang sama… dan akhirnya saya sebarkan manual ini kepada beberapa rakan² dekat. Dan sekarang oleh kerana dah hampir sebulan saya bercuti, baru teringat nak berkongsi masalah ini.

Okey… Tutorial ini saya tulis dalam english ‘lintang pukang’ sebab pernah salah seorang bos (mat saleh) meminta tutorial ini. So saya bagi saja dan nasib baik dia boleh baca dan faham…. ready to copy this tutor!

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 5 so far )

Ebook “TENTANG CINTA”

Posted on 6 August, 2007. Filed under: Arts, Love, My Life | Tags: , , |

Sebenarnya ebook ini sudah saya tulis sejak lama. Dan telahpun saya sebarkan kepada rakan² saya sebelum. Namun pada masa tu sungtingan demi suntingan saya buat akhirnya siap juga pada akhir Januari yang lalu. Oleh kerana kesibukkan masa bekerja saya tak sempat nak mempublikasikanya.

Sebelumnya saya bercadang untuk meminta seorang kawan mempublikasikannya melalui blognya. Kerana pada masa tu blog lama saya sedang down (habis masa sewa ikkks..) Tapi tak sampai hati pulak takut menyusahkan… sohari ini lah kesempatan saya untuk mempublikasikannya…

Saya harap kita semua memahami apa itu “CINTA”! Opss… jangan bilang ini “jiwang karat” sebelum anda membaca dan memahaminya okey…

Download kat sini: Tentang_Cinta.zip

Read Full Post | Make a Comment ( 6 so far )

Diskriminasi Di tempat Kerja

Posted on 5 August, 2007. Filed under: My Life | Tags: , , |

Sudah hampir sebulan aku bercuti. Cuti yang panjang macam nielah aku gunakan untuk beramah mesra dengan keluarga yang dah lebih setahun aku tinggalkan. Hari ini aku berkesempatan mendengar beberapa komen dan kritikan yang tak kesempatan untuk diluahkan melainkan hanya kepada ahli keluarga saja.

Firman (panggilan pendeknya) begitu sepakat dengan aku untuk datang jemput dia balik kerja. Hari ini kerja balik petang atau dalam bahasa singkatnya “masuk morning”. Dia hubungi aku dirumah minta ambil dia… Dan hari ini juga aku dapat berbual lebih panjang dengannya. Mula dari aku tanya macam mana suasana kerja part time yang dia buat sampai bab gaji dan hubungan sosialnya dengan rakan² sekerja.

Firman berumur lebih kurang 17 tahun dan akan masuk 18 tahun pada 15 November tahun ini. Dia tamat SPM dengan keputusan yang Alhamdulillah cukup memuaskan. Sebelumnya dia bersekolah rendah jenis Kembangsaan Cinta (SRJKC) si salah sebuah sekolah di Pandan, Johor Bahru. Dia sangat berminat untuk dapat bekerja dalam Kerajaan sebagai Perkhidmatan Awam seperti Polis, Imigresen, Kastam atau sebagainya.

Namun oleh kerana selepas tamat SPM umurnya belum cukup 18 tahun, niat untuk ‘melamar’ kedalam bidang tersebut terpaksa di ‘posponkan’. Dan sementara dia bekerja secara part time di salah sebuah Pusat Beli-belah iaitu Gedung Jasco Tebrau Johor Bahru.

Dan sejak aku tinggalkan dia setahun yang lalu (masa dia berada di tingakatan 5). Dia sudah mempunyai azam untuk bekerja di bidang yang ia sukai itu. Namun sekarang terpaksa ambil ‘part time’ dulu untuk menghilangkan kebosanan.

Pertanyaan yang pertama aku tanyakan adalah, “macam mana kau boleh nak kerja part time ni pula dan macam mana ko boleh dapat kerja tampa pengalaman dan kelayakkan seperti sijil (masa tu keputusan SPM belum keluar) ?”

Dengan sedikit bangga dia menceritakan semuanya. namun ada satu point yang aku nak jadikan topik pada posting ini adalah tentang “Diskriminasi

Back to topik!

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW.

Posted on 4 August, 2007. Filed under: Islamic | Tags: , , |

(Khutbah ini disampaikan pada 9 Dzulhijjah 10 H di lembah Uranah, Arafah)

Ya, saudara-saudaraku, perhatikan apa yang akan aku sampaikan, aku tidak tahu apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian. Dengan itu dengarkan baik-baik apa yang kukatakan dan sampaikan ini kepada mereka yang tidak dapat hadir pada waktu ini.

Ya, saudara-saudaraku, seperti kita ketahui, bulan ini, hari ini dan kota ini adalah suci, oleh itu pandanglah kehidupan dan milik setiap orang Muslim sebagai kepercayaan yang suci. Kembalikan barang-barang yang diamanah kepadamu kepada pemilik yang sebenarnya.

Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukaimu. Ingatlah bahwa kamu akan bertemu dengan Allah SWT dan Dia akan memperhitungkan amalanmu dengan sebenar-benarnya.

Allah SWT telah melarangmu memungut riba, oleh itu mula dari sekarang ini dan untuk seterusnya kewajiban membayar riba dihapuskan.

Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan Agamamu. Dia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya.

Ya, saudara-saudaraku, adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu. Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak. Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, karena mereka adalah pendampingmu dan penolongmu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinaan.

Ya, saudara-saudaraku, dengarkanlah baik-baik, sembahlah Allah, Shalat lima kali dalam sehari, laksanakan Puasa selama bulan Ramadhan, dan tunaikanlah Zakat, serta laksanakan ibadah Haji bila mampu.

Ketahuilah bahwa sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sederajat. Tidak ada perbedaan satu terhadap yang lain kecuali Ketaqwaan dan Amal Shalih. Ingatlah, suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggung jawabkan semua amalanmu. Karena itu berhati-hatilah jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku nanti.

Ya, saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Oleh itu dengarlah baik-baik ya Saudaraku, dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahwa aku meninggalkan dua pusaka, Al-Qur’an dan contoh-contohku sebagai As-Sunnah dan bila kalian mengikutinya tidak mungkin akan tersesat.

Siapa yang mendengarkan perkataanku ini wajib menyampaikannya kepada yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini akan lebih baik dari yang langsung mendengarkan.

Demi Allah aku bersaksi, bahwa aku telah menyampaikan ajaran-Mu kepada umatku ya Allah.

Sila sampaikan Mesej ini kepada saudara kita yang lain dan semoga Allah SWT akan memberikan Rahmat-NYA…

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Ralat di Harian Metro

Posted on 3 August, 2007. Filed under: Info | Tags: , , |

MyMetro

Hari ini aku menghantar email kepada Sidang Pengarang Harian Metro dan NSTP tentang sesuatu kelemahan yang terjadi hari ini. Begini kandungan E-mail yang aku hantar…

Kepada: daeng@hmetro.com.my
Tajuk: KESALAHAN IMEJ PADA RUANGAN VARIASI EDISI JUMAAT 3 OGOS 2007

Kepada pengelola ruangan VARIASI.

Hari ini saya mendapati topik “BUKAN ISLAM TERIMA ZAKAT?” dengan memaparkan imej dua orang lelaki sedang melakukan ‘Akad’ pembayaran Zakat, dimana seorang berbaju merah dan seorang lagi berbaju putih (jubah). Dalam hal ini saya juga kurang pasti adakah memang terjadi kesalahan pada ‘Negatif’ imej terseut atau imej tersebut memang begitu adanya kerana terdapat kejanggalan padanyanya

Jika dilihat sekali pandang memang nampak seperti dua orang yang sedang bersalaman untuk menunaikan zakat. Tapi mana mungkin akad zakat dibayar dengan “MENGGUNAKAN TANGAN KIRI” ??

Saya harap pekerja bahagian grafik untuk akhbar ini lebih hati-hati kerana ini jelas penghinaan bagi umat Islam kerana jika dilihat orang orang bukan Islam, jelas menunjukkan kesan negatif…

Bukankah tangan Kanan Lebih Mulia dari tangan kiri???

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

« Previous Entries

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...