Bersuara Tapi Bukan Menghina!

Posted on 10 December, 2007. Filed under: Info, Law | Tags: , |

Saya sangat tertarik dengan sebuah blog yang menggunakan kemudahan blogging untuk tujuan melakukan keganasan Informasi. Keganasan yang boleh mencetuskan peperangan dan kebencian yang melampau.

Hak bersuara dan berkarya melalui blogging memang adalah hak sesebuah individu. Tapi kalau sampai menyakiti orang lain, itu adalah menyalahi undang-undang mana pun. Begitu juga dengan agama.

Blog ini di khususkan untuk melakukan penghinaan, pemakian, dan diskriminasi sosial lain terhadap negara jiran kita Indonesia. Di blog ini terkandung berbagai macam informasi seputar keburukkan warga Indonesia yang berada di Malaysia. Ia menggunakan bahasa yang kesat dan biadap terhadap jiran tersebut. Mengembangkan berita-berita yang tabu atau yang belum diketahui punca, sebab dan alasannya.

Apakah guru-guru di Malaysia kita dulu mengajar semua pelajarnya berlaku biadap? Apakah ibubapa si empunya blog memang mengajar anaknya begitu? Jika benar guru-gurunya, ibubapanya adalah insan-insan yang malang sekali mempunyai murid/anak seperti empunya blog. Saya yakin, negara kita juga malu untuk mengaku mempunyai seorang rakyat yang biadap sepeti empunya blog ini.

Oleh itu, saya ingin menjawab beberapa posting oleh penulis biadap + kurang ajar ini…

Pertama saya ingin menjawab posting pertamanya pada 26 November 2007 yang lalu:

Bunyinya begini:

I hate indon

This blog is dedicated for indon hater. indon is a xenophopic & delusional granduer society. They thought the whole world is revolving around their pathetic world. I will include in this blog:

1. Screenshot of www headline showing the word indon, for indon to know that the whole world calling them indon.
2. Copies of newpaper articles or news reporting the bad behaviour of indon
3. Anything bad about indon.

Komen saya:

Kenapa anda membencinya? mungkin anda mempunyai pengalaman tidak menyenangkan dengan orang-orang Indonesia? Atau anda adalah keturunan dari seseorang yang datang dari parti komunis di Indonesia dan menjadi pelarian ketanah melayu pada waktu dulu?

Anda telah melakukan jenayah terhadap sebuah negara yang di akui oleh PBB dengan nama Indonesia. Dengan menukarnya kepada “indon” bermakna anda lebih biadap dari binatang dengan melanggar pengakuan antarabangsa.

Setahu saya hanya suratkhabar Harian Metro yang mengunakan perkataan demikian. Tapi tidak saya temukan di suratkhabar lain. Secara peribadi, Harian Metro hanya mengungkap berita-berita murahan dengan memamarkan gambar yang besar dibahagian depan dengan tajuk menarik berbanding dengan contentnya. Kebanyakkan beritanya adalah berbau fanatik, mengitip berita dari fail mahkamah tampa berusaha mencari berita ekslusif yang lain, Memberitakan kes-kes rogol, liwat dan sumbang mahram dan bersekedudukkan, dan mengandungi 55% – 70% Iklan bagi setiap muka surat yang seolah-olah menjual iklan dari berita yang ilmiah dan informasi berbetuk pendidikkan.

Kemudian Posting:

Pelajar dicaci, ditumbuk di kedutaan Indon

Komen saya:

Sejauh mana kebenarannya masih belum diketahui. Sekurang-kurangnya pasti ada alasan tertentu yang membuatkan insiden itu terjadi. Namun Harian Metro Gagal mencari puncanya. Harian Metro hanya menerima berita dari Balai Polis (mungkin) tampa berusaha menyelidiki insiden itu. Seorang wartawan harus menulis dengan keseimbangan tampa mengandungi unsur berat sebelah, diskriminasi dan propaganda.

Posting:

Warga indon lemar hidu gas beracun

Komen saya:

Saya tidak pasti tentang berita ini, sama ada tajuknya di ubah oleh empunya blog ini atau memang wartawan yang bernama Saipul Adli Mohamad ini yang menulisnya begitu. Jika wartawan itu menulis dengan demikian, maka ia adalah wartawan yang tidak bertanggung jawab dan melanggar etika. Atau memang empunya blog ini yang sememangnya biadap terhadap jiran kita Indonesia.

Posting:

Teknik penipuan warga indon seru jln tukar kertas jadi RM50

Komen saya:

Tajuk nya seperti diatas belum jelas. Apakah wartawan atau empunya blog menggunakan perkataan ‘indon’ tersebut.Tapi saya rasa nak ketawa terbahak-bahak pun ada dengan berita ini. Saya tak nafikan memang ada juga sebahagian kecil rakyat Indonesia melakukan jenayah ini. Tapi ia menjadi besar kerana ia adalah sebuah jenayah.

Tapi soal penipuan ini, pertanyaan saya adalah, “Kenapa sampai kena tipu? Tak sekolah ke? Kenapa percaya karut-marut tue? Bukankah di Malaysia ini kita sudah ada pegangan Agama yang menglarang untuk percaya kepada selain Allah? Dari segi logik pun, benda ini memang tak masuk akal langsung beb. Mana leh kertas leh change jadi duit!? Kalau pun penipu tu boleh, kenapa dia tak buat untuk dia sendiri… kan penipu tu cepat kaya?” Siapa yang harus disalahkan dalam hal ini? Hahaha… ada-ada jerk

Posting:

Pelarian Wanita indon bernama Bonda berakhir 

Komen saya:

Sama juga seperti diatas, penggunakan perkataan ‘indon’, adalah perbuatan tidak beritika untuk jiran seagama. Sama itu adalah wartawan Sarah Zulkifli atau empunya blog tersebut. Tidak dinafikan Jenayah sedemikian ada dilakukan oleh mereka dari Indonesia. Tapi tidak mustahil boleh juga dilakukan oleh orang kita Malaysia jika kehidupan mendesak. Sebagai manusia biasa, manusia akan melakukan apapun jika terdesak. “Semut pun akan gigit kalau dipijak beb”.

Posting:

LETTER TO JAKARTA POST 

Komen saya:

Tidak dinafikan negara tersebut memangnya banyak birokrasi yang merunsingkan termasuk rasuah. Tapi si John Lloyd yang mengaku bekerja di International Retail  adalah sebuah syarikat Koprat  yang menjadi  persaingan khusus bagi syarikat Retail milik Indonesia. Beliau menggunakan saham-saham syarikat untuk di dilaburkan tampa menguntungkan Indonesia. Dan itu sudah terjadi di beberapa kes. Sila lanjutkan membaca suratkhabar Jakarta Post atau Kompas dari berita-berita yang lampau.  Indonesia juga  menghalang syarikat-syarikat asing menggunakan taktik monopoli pasaran.

Posting:

Rumah Maksiat pendatang indon

Komen saya:

Wartawan Mary Victoria Dass, adakah anda sebagai wartawan yang menulis tajuk ini atau di ubah oleh si empunya blog? Pada cik wartawan Mary Victoria Dass, sepengetahuan saya nama seperti ini bukan nama milik orang Islam. Tapi bagaimana anda mentafsirkan Maksiat? Adakah melalui interview kepada sebelah pihak cukup untuk jurnal kewartawanan anda tampa menemuduga pendatang-pendatang tersebut? Mungkin mereka saudara muhrim?

Tentang bersekedudukkan tersebut, banyak juga orang melayu yang melakukan perkara demikian terutama mereka yang datang dari Kelantan. Walaupun tidak semua, tapi kebanyakkannya. Silahkan lihat realiti tersebut di kawasan perkampungan Padan, Jalan Imam, Johor Bahru. So manusia tetap manusia. bukan hanya di “tebalkan hurufnya” pada sesebuah kaum sahja, dan yang jelas wartawan masih diragukan akan agamanya.

Posting:

Dua beradik parah halang perompak warga indon

Komen saya:

Sekali lagi Harian Metro melanggar etika kewartawanan dengan menggunakan perkataan ‘indon’. Kasihan kepada negara jiran kita tu. Selalu di hina menggunakan perkataan yang kurang menyenangkan melalui suratkhabar yang dianggap rasmi oleh masyarakat.

Lucu juga tajuk ini. Kandungan berita adalah tentang “perompak bertopeng”, Tapi macam mana mangsa atau polis tahu itu warga Indonesia? Dalam beritanya juga tiada penjelasan…. Apakah itu diangap berita? Nampak macam propaganda jerk?

Arhhhh penat giler…

Cukuplah… nak jawab semua… tak ada makna. Tapi bagi sebahagian besar rakyat Malaysia pasti kita semua masih punya hati. Berikut adalah sebagai manusia saya punya hari untuk memberikan komen;

  • Saya bangga dengan KLCC yang dibina dengan tenaga buruh dari Indonesia.
  • Saya bangga dengan KL Tower juga dibina dengan tenaga buruh Indonesia.
  • Saya bangga ada high way utara selatan, yang dibina dengan tenaga buruh Indonesia.
  • Saya bangga dengan kawasan perumahan yang bermula dari yang elit hingga perumahan kos rendah yang dibina dengan tenaga buruh indonesia.
  • Saya bangga dengan perkembangan perladangan dengan tenaga buruh Indonesia.
  • Saya bangga kerana saya serupun dengan Indonesia kerana bahasa mereka adalah bahasa nenek moyang saya.
  • Saya bangga dengan Indonesia kerana berjaya menghalau penjajah dengan perjuangan, menghalau, dan merdeka tampa meminta dan tampa bersyarat.
  • Saya bangga dengan dengan sektor buruh dari Indonesia, kerana malu dengan Melayu Malaysia yang malas dan tidak mahu memperkerjakannya.
  • Saya bangga dengan Indonesia, kerana bahasa melayu Malaysia di adaptasi dari Indonesia
  • Saya bangga dengan Indonesia kerana ibu saya adalah rakyat indonesia sejati.

Pada semua sahabat-sahabat saya di Malaysia dan saudara-saudara seagama dan serumpun dari Indonesia, janganlah kita terpengaruh dengan artikel-artikel yang berbau kebencian seperti ini. Buruk dan baik itu ada disetiap kaum. Bukan cuma kita lemparkan kepada satu bangsa atau agama. Cubitlah diri kita sebelum mencubit orang lain, maka sakitnya sama. Oleh itu janganlah menyakiti orang lain jika kita tidak disakiti. Kita semua bebas untuk menulis, tapi tidak boleh menghina dan mencela. Kebebasan bersuara itu juga mempunyai etika tersendiri.

Andainya kita dirumah kita bebas bersuara, tapi jika mengganggu ketenangan orang lain, walalupun ia dari rumah kita sendiri itu tetap dilarang oleh agama apapun. Ingat, sesama Islam adalah saudara. Jika kita menghina saudara kita sendiri, maka kita ibarat menepuk air di dulang. Muka kita sendiri yang akan basa….

Untuk wartawan-wartawan Malaysia dan Indonesia, jaga etika anda semua jika anda ingin dinilai sebagai wartawan sejati. Gunakan seluruh panca indra anda sebelum menulis dan menyebarkan berita. Kerana itu  boleh jadi akan menyakiti orang lain yang mungkin tidak  anda sedari. Ingat, rakyat masih punya etika untuk lebih memahami secara mendalam… semoga kita menggunakan teknologi ini sebagai kebaikan bukan kejahatan…

Thanks n Peace!

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

2 Responses to “Bersuara Tapi Bukan Menghina!”

RSS Feed for Syaiful Blog Comments RSS Feed

finally, ada jg malaysian yg understanding!
tq

bingung mana yang benar……..*belum baca berita*


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: