Archive for November, 2008

WBC: Weblogcenter.com bangkit lagi….

Posted on 22 November, 2008. Filed under: Info, Internet |

Setelah sekian lama aku tinggalkan hingga domain pun dah mati, akhirnya dibangkitkan kembali oleh sudara CypherHackz. Beliau adalah salah seorang anggota WBC yang pada ketika itu sangat berminat tentang dunia blogging.

Perkara pertama pada masa aku buka URL WBC nie (www.weblogscenter.com) adalah terharu, lalu menitiskan air mata. Terkedu hampir 3 minit dengan perasaan bahagian dan rindu pada semua anggota WBC dulu.

Ya… dulu aku adalah Founder/Administrator WBC dan komitment sangat nak membuat sebuah komuniti supaya semua orang menjadi pers dunia maya secara amatir mahupun secara profesional dengan mampu memberikan pandangan mengikut sudu dan hati mereka sendiri.

Aku mula membangun WBC dengan berbekalkan hosting sumbangan yang di sediakan saudara Eizil dan kemudian di pindahkan ke basic hosting yang di jual oleh Saleiz.com yang di miliki saudara Eizil. Dari situ aku mula membina walalupun dengan kemampuan yang sangat sedikit tentang dunia IT.

Di WBC itulah kami semua berkumpul, bertukar-tukar ilmu pengetahuan tentang dunia blogging, belajar bersama, sharing plugin, idea, trik-trik yang positif dan secara tak lansung menjadi sebuah rangkaian anggota para blogger di Malaysia dan ada beberapanya dari Indonesia.

Tapi hanya bertahan cuma setahun, akhirnya terbiar begitu saja tampa pengelolaan kerana aku mempunyai masalah peribadi, sehingga membawa aku pergi jauh membawa diri hingga aku bekerja di sebuah syarikat di indonesia…

Tapi hari ini hari yang paling buat aku terkejut dan bahgia sesangat dengan kehadirannya semula…

Semoga WBC kembali berkembang dan meriah macam dulu dengan menyimpan banyak ilmu untuk dunia blogging. Aku yakin member WBC yang dulu masih newbie, sekarang dah power dalam dunia Bogging.

Terima kasih kepada saudara CypherHackz, Eizil, Ikoko, Hepan, Azmie dan ramai lagi yang tak mampu aku sebut semua setelah sekian lama tak jenguk blog mereka… Hidup Weblogs Center!!!!

Advertisements
Read Full Post | Make a Comment ( 3 so far )

FreeCall + fring = Free, Gratis, Percuma Call via VOIP

Posted on 18 November, 2008. Filed under: Gadget, Internet, My Life | Tags: , , , |

Setelah mencuba dengan sedikit kreatifvitas dan tidak memikirkan resiko hanphone bakalan hang, akhirnya ku temukan penggabungan teknologi VOIP kedalam phone Symbian V2 (Nokia 6680), V3 dan lain-lain OS, setelah dibantu applikasi fring!

Dengan kemampuan koneksi 3G yang dibekalkan bersama phone ini, aku memanfaatkannya untuk menjadikan ia sebuah free call melalui VOIP. Sebenarnya aku adalah seorang pelanggan Celcom Broadband, sebuah Provider Telekomnikasi Cellular terbesar di Malaysia yang telah bergabung dengan TM (Telekom Malaysia).

Dengan Pakej 3.6 Mbps aku boleh melayari internet dengan kelajuan tinggi walapun mempunyai modem yang lemot alias lambat iaitu Nokia 6680… So walalupun tak selaju maksima, tapi cukup memberikan kepuasan di lokasi umah aku..

Nih area Taman Bukit Mutiara, Johor Bahru

Okey back to topic…

Mau Telfon gratis? atau murah dengan hanya menggunakan koneksi 3G/GPRS melalui handphone anda? Lets dance together and read next…

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Hidup sebuah perjuangan

Posted on 17 November, 2008. Filed under: My Life |

Setelah berkali-kali gagal mencari sesuatu yang membuat hidup ini bahagia, aku masih juga tetap mencari… Perkenalan itu… sangat singkat… Namun cukup membuat aku terkesima dan hampir melanggar profesionalitas dalam dunia pekerjaan…

Menjalin hubungan dengan teman sekerja? Oh tidak… aku tidak mahu demi menjaga profesionalitas… Namun harus aku nafikan demi hati yang tak mampu untuk di bohongi…

Wajahnya mirip dengan Arwah?? Maybe sedikit… tapi sifatnya jauh lebih keibuan dan manja tapi mandiri! Karisma yang dipancarkannya membuatkan aku yakin dia antara cewek yang terbaik pernah ketemui… dia SPECIAL!!

Tapi….

Dia sudah berpunya… jauh lebih lama dari aku yang datang kemudian…

Pernahkah kamu semua menangis untuk seorang gadis yang sangat disayangi karena telah di putuskan oleh mulutnya sendiri bahawa dia memilih orang yang dia sayang dan yang jelas itu bukan kamu?

Dia telah memutuskan bahawa dia hanya untuk seseorang yang telah dia pilih dulu sampai kapanpun…!

Adakah diri ini begitu dayus sehingga sanggup merelakan seseorang yang di sayangi bersama orang lain? Bahkan sudah terucap juga di lidah ini untuk rela ditinggalkan asalkan dia bahagia bersama pilihannya..

Oh… Inikah kebahagiaan? atau ini penderitaan?

Sejujurnya, aku sangat menyanginya jauh dilibuk hati yang paling dalam. Namun dalam waktu yang sama, juga rela melepaskannya untuk kembali bersama pacar yang disayanginya.. bahkan disini aku belajar bahawa kebahagiaan itu adalah menjadi bahagia melihat orang yang disayangi bahagia!!!

Biarlah… jika ia memang untuk ku, satu hari, pasti akan bertemu juga dan jika dizinkan, aku mau bersatu dengannya walaupun dalam keadaan yang tidak sama seperti sekarang…

Aku sayang kamu….

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...