Tutorials

Munculkan Icon “My Computer”, My Documents”, My Network Place” dengan/atau Recycle Bin pada Ubuntu

Posted on 30 April, 2008. Filed under: Linux, Tutorials | Tags: , , |

Banyak yang bertanya tentang hal ini. “Macam mana nak keluarkan Icon yang seperti lazimnya di Desktop Windows?“. Ini kerana kebanyakkan dari kita memang sudah terbiasa dengan Windows hingga takut akan perubahan yang menjurus kepada pembangunan System Operation (OS) Linux ini.

Saya tidak menafikan bahawa berubah kepada dari Windows ke Linux harus melalui beberapa orientasi dan tahap pengenalan. Banyak suara-suara diluar sana yang memfitnah tentang OS Linux dengan mengatakan bahawa ini mungkin susah nak pakai, Kurang Driver untuk perangkat keras (Hardware) dan sebagainya…

Nah untuk menjawab pertanyaan itu GNOME memberikan solusi yang baik dengan mengaplikasikan perangkat lunak (Software) dalam bentuk interface yang kadangkala kelihatan mirip seperti Windows agar pengguna tidak ‘terkejut’ akan perubahan ini.

Antara pertanyaan yang di tanyakan adalah seperti tajuk/judul entry ini. Disini sebagai mana saya juga di ajarkan (kerana saya juga newbie tentang Linux) tentang memunculkan icon-icon ini di Linux Ubuntu. Sila lanjutkan membaca entry ini…

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Menghapuskan Solow – MS32DLL.dll.vbs Worm

Posted on 9 August, 2007. Filed under: Security, Tutorials | Tags: , , |

Pernahkah anda mengalami ganguan pada setiap store drive apabila di double click? Pada title web browser ada tulisan “Hacked by Godzilla” yang terjadi bada browser Internet Explorer?

Itulah antara tanda-tanda komputer anda telah dijangkiti sejenis worm yang di telah di justifikasikan oleh Avast! Antivirus sebagai Solow MS32DLL.dll.vbs dalam keluarga Worm pada awal April 2007 yang lalu.

Saya telah menyedari akan jenis worm ini pada awal Mac 2007 selepas memasukkan USB FlashDisk seorang pelanggan kedalam komputer milik syarikat. Pada waktu itu tiada kelihatan perubahan ketara yang terjadi melainkan setiap drive tak boleh di double click.

Pada mulanya saya menyangka mungkin kerana pengaruh USB driver yang harus di update. Selang dua hari semua komputer telah dijangkiti dalam jaringan LAN hingga terjadi kekecohan pada semua pekerja yang menggunakan komputer. Ada pula kabar angin mengatakan “syarikat kita kena sabotaj”. Nak ketawa pun ada…

Pada masa itu saya bersungguh┬▓ mencari di internet untuk menamatkan riwayat worm ini. Tapi masih belum ada solusi yang tepat. Akhirnya saya guna jalan MANUAL untuk menghapus worm ini dengan membaca cara kerja virus ini melalui Registry Editor. Dan saya berjaya!

Tutorial ini telah saya buat sejak saya berjaya membuang worm ini dari komputer pertama saya bersihkan dan disimpan sebagai bahan rujukkan peribadi. Namun tak sangka ramai diluarsana mengalami nasib yang sama… dan akhirnya saya sebarkan manual ini kepada beberapa rakan┬▓ dekat. Dan sekarang oleh kerana dah hampir sebulan saya bercuti, baru teringat nak berkongsi masalah ini.

Okey… Tutorial ini saya tulis dalam english ‘lintang pukang’ sebab pernah salah seorang bos (mat saleh) meminta tutorial ini. So saya bagi saja dan nasib baik dia boleh baca dan faham…. ready to copy this tutor!

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 5 so far )

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...