Pagar Diri dari Gangguan Iblis dan Syaitan.

Posted on 23 May, 2008. Filed under: Islamic | Tags: , , |

Dalil tentang Hasutan Syaitan

Allah SWT telah berfirman:

“…Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Al-A’raaf, sebahagian ayat 27)

Allah SWT juga berfirman:

“Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya . Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”
(Az-Zukhruf, ayat 36-37)

Hadith Rasulullah SAW juga ada disebutkan bagaimana Syaitan merasuki manusia.

Shafiyah binti Huyay RA berkata, Rasulullah SAW bersabda; “Sesungguhnya Syaitan berpindah pada diri manusia melalui urat darahnya.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yakinlah kita dengan dalil-dalilnya bahawa syaitan sememangnya wujud dan sentiasa tidak berputus asa untuk menyesatkan manusia. Maka kita seharusnya mengetahui bagaimana caranya untuk memagar diri daripada gangguannya.

(more…)

Advertisements
Read Full Post | Make a Comment ( 4 so far )

Jin dan Hantu dari sudut Sains dan fizik

Posted on 23 June, 2004. Filed under: Info | Tags: , , , , |

Masih ingat dengan filem Ghostbuster yang dihasilkan Hollywood, Amerika Syarikat pada 1984 memberi idea baru mengenai suatu perkara yang tidak pernah terlintas pada minda kebanyakan kita – hantu atau makhluk ghaib mampu dicederakan dan diperangkap dengan peralatan sains dan teknologi.

Ketika kebanyakan pihak diganggu perasaan takut dan seram hanya sekadar membicarakan perihal makhluk ghaib itu, ramai antara kita tidak menyedari bahawa kajian sains dan teknologi menemui beberapa sifat dan ciri kelemahan jin dan hantu.

Berbeza dengan ahli agama, penyelidik cuba memecahkan teka-teki makhluk paranormal itu dengan mencari penjelasan saintifik dengan mengkaji unsur kewujudan hantu dan jin daripada sudut sains. Hasil kajian selama puluhan tahun itu memang tidak diduga kebanyakan kita!

Siapa menyangka fiksyen sains dan dongeng seperti drakula terbakar apabila terkena sinaran matahari, hantu tidak muncul pada siang selain boleh ditangkap dan dicederakan menggunakan peralatan teknologi seperti filem Ghostbuster; semuanya berasas.

Malah, beberapa kepercayaan yang dianggap kurafat dalam masyarakat kita seperti meletakkan gunting besi berhampiran mayat atau menggantung cermin di hadapan pintu sebenarnya terbukti benar mengikut sains untuk menghindari gangguan hantu atau jin!

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...