WBC: Weblogcenter.com bangkit lagi….

Posted on 22 November, 2008. Filed under: Info, Internet |

Setelah sekian lama aku tinggalkan hingga domain pun dah mati, akhirnya dibangkitkan kembali oleh sudara CypherHackz. Beliau adalah salah seorang anggota WBC yang pada ketika itu sangat berminat tentang dunia blogging.

Perkara pertama pada masa aku buka URL WBC nie (www.weblogscenter.com) adalah terharu, lalu menitiskan air mata. Terkedu hampir 3 minit dengan perasaan bahagian dan rindu pada semua anggota WBC dulu.

Ya… dulu aku adalah Founder/Administrator WBC dan komitment sangat nak membuat sebuah komuniti supaya semua orang menjadi pers dunia maya secara amatir mahupun secara profesional dengan mampu memberikan pandangan mengikut sudu dan hati mereka sendiri.

Aku mula membangun WBC dengan berbekalkan hosting sumbangan yang di sediakan saudara Eizil dan kemudian di pindahkan ke basic hosting yang di jual oleh Saleiz.com yang di miliki saudara Eizil. Dari situ aku mula membina walalupun dengan kemampuan yang sangat sedikit tentang dunia IT.

Di WBC itulah kami semua berkumpul, bertukar-tukar ilmu pengetahuan tentang dunia blogging, belajar bersama, sharing plugin, idea, trik-trik yang positif dan secara tak lansung menjadi sebuah rangkaian anggota para blogger di Malaysia dan ada beberapanya dari Indonesia.

Tapi hanya bertahan cuma setahun, akhirnya terbiar begitu saja tampa pengelolaan kerana aku mempunyai masalah peribadi, sehingga membawa aku pergi jauh membawa diri hingga aku bekerja di sebuah syarikat di indonesia…

Tapi hari ini hari yang paling buat aku terkejut dan bahgia sesangat dengan kehadirannya semula…

Semoga WBC kembali berkembang dan meriah macam dulu dengan menyimpan banyak ilmu untuk dunia blogging. Aku yakin member WBC yang dulu masih newbie, sekarang dah power dalam dunia Bogging.

Terima kasih kepada saudara CypherHackz, Eizil, Ikoko, Hepan, Azmie dan ramai lagi yang tak mampu aku sebut semua setelah sekian lama tak jenguk blog mereka… Hidup Weblogs Center!!!!


Read Full Post | Make a Comment ( 3 so far )

Recently on Syaiful Blog…

FreeCall + fring = Free, Gratis, Percuma Call via VOIP

Posted on 18 November, 2008. Filed under: Gadget, Internet, My Life | Tags: , , , |

Hidup sebuah perjuangan

Posted on 17 November, 2008. Filed under: My Life |

OrangĀ² yang mempengaruhi hidupku

Posted on 26 October, 2008. Filed under: My Life |

Arrrrhhhhggg….

Posted on 26 October, 2008. Filed under: My Life |

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...